100 HARI LAGI  

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

.: TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI :.
Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya
seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik
di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran
tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok
yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan
mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat
dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di
mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat
Maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan mematikan pula.

This entry was posted on Thursday, November 13, 2008 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments